Menerajui Kualiti, Menjamin Kesegaran.
Dari ladang ke meja anda. Dengan pengalaman melebihi 27 tahun dalam industri, kami komited menyediakan produk ayam segar dan barangan sejuk beku berkualiti tinggi yang dipercayai oleh agensi kerajaan serta komuniti di seluruh negara.
Tentang Kami
AYAMORY merupakan jenama bertaraf peranti komersial dan harta intelek berdaftar di bawah MYIPO sejak tahun 2014. Bermula daripada ilham dan kegigihan membina empayar dari bawah, AYAMORY kini berdiri teguh sebagai rangkaian pasaraya dan kedai runcit pilihan komuniti yang mengintegrasikan pengeluaran, pemprosesan, pemborongan, pembekalan, dan peruncitan produk makanan segar serta sejuk beku berstatus Halal.
Dengan sokongan tenaga kerja dinamik seramai 312 orang, kami komited memastikan kelangsungan rantaian bekalan makanan negara dipenuhi dengan standard kualiti dan integriti yang tertinggi.
Sejarah & Perjalanan Kami: Dari Pasar Malam Ke Empayar Korporat
-
1998
Era Permulaan & Pengalaman Industri
Perjalanan kami dalam sektor ternakan dan pemprosesan ayam bermula lebih 27 tahun yang lalu. Asas industri ini ditimba bermula sebagai pembantu jualan di pasar borong selama 3 tahun, sebelum diteruskan dengan pengalaman bekerja di kilang proses ayam serta berniaga di pasar malam sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang selama 10 tahun. Pengalaman berharga inilah yang membentuk kepakaran mendalam kami dalam selok-belok industri produk berasaskan ayam.
-
16 Mac 2009
Penubuhan Smart Food Venture Networking Sdn. Bhd. (SFFV)
Bagi memacu operasi ke peringkat komersial, SFFV ditubuhkan dan beroperasi di Kawasan Industri Lumut Port, Sitiawan, Perak. Entiti ini berfungsi sebagai pusat sembelihan ayam moden dan hab pengedaran ayam segar yang telah diproses. SFFV menjadi pembekal utama ayam segar ke agensi-agensi kerajaan (termasuk hospital, penjara, kem tentera, dan asrama sekolah), rangkaian pasaraya, serta menyelia 6 cawangan Kedai AYAMORY.
-
26 Oktober 2010
Penubuhan Smart F.V. Marketing Sdn. Bhd. (SFVM)
Bagi memperkukuh pasaran runcit dan borong, SFVM ditubuhkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Entiti ini memfokuskan kepada peruncitan dan pemborongan barangan sejuk beku serta keperluan asas harian, selain menyelia 10 cawangan Pasaraya dan Kedai AYAMORY.
Perkhidmatan Kami
Nikmati pelbagai produk halal berkualiti tinggi – hanya yang terbaik daripada
Ayam Ory.
Apa Kata Pelanggan Kami
Ada Cadangan atau Berminat Jadi Rakan Niaga?
Pasukan kami sedia mendengar dan membantu.



